Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, February 27

Meet Boo

Aku dikurniakan anugerah daripada Allah lebih kurang 2 minggu yang lepas.
Hamba Allah ini dijumpai oleh kawanku yang ketika itu sedang memandu dan ternampak makhluk kecil ini ketakutan ingin melintas jalan yang besar. Mencari ibunya mungkin..
Kawanku turut mencari ibunya, dan apabila tidak jumpa, membawanya pulang ke rumah.
3-4 hari berturut-turut juga dicari ibunya tetapi tidak ditemui lantas dia bertanyakan kepadaku inginkah aku menjaganya kerana aku pernah menyuarakan hasrat ingin membela kucing.
Ya, itulah kucing yang kini di bawah jagaan ku :)
Ia hanyalah kucing jalanan yang telah kehilangan ibu dan tidak mempunyai tempat tinggal lantas ku berikannya rumahku yang tidak seberapa ini sebagai tempatnya untuk berteduh.
Umurnya lebih kurang 2-3 bulan.
Kecil, comel, lincah, nakal dan sangat manja.
Pergh, skema habisss. ;)
This is Boo! Comel kan?! XD



She likes to sit on my laptop.. Especially while I was watching movies.

No comments: