tidak sekali pun melupakannya.
Hidup kita akan sentiasa diuji, bukanlah untuk menyusahkan, tetapi untuk memberitahu kita agar sentiasa ingat akan Dia.
Sering aku melihat hamba Allah yang baik sentiasa dugaan datang, dugaan demi dugaan, aku tahu semua itu untuk menguji kekuatan iman kita padaNya.
Mereka yang ditimpa balasan pula adalah untuk mengingatkan mereka agar kembali ke pangkuan jalan.
Sering kali ku tertanya, bagaimanakah aku ketika menghadapi dugaan dariNya?
Baru di uji sedikit sudah aku menangis, tidak sanggup untuk menghadapi dugaan yang diberi..
Adakah aku akan kuat untuk menghadapi dugaan yang bakal ditimpa kelak?
Adakah aku akan lebih dekat padaNya?
Janganlah disebabkan tidak tahan akan dugaanNya, aku menjadi lebih jauh.
Itulah yang sering ku khuatirkan..
Bagaimana agaknya keadaan aku kelak?
Hanya kekuatan padaNya yang mampu ku pinta..
Ya Allah, jauhkanlah sebarang bala dari hidupku..
Aku sering takut untuk mengambil satu langkah dekat padaNya..
What if I stray back to the dark road?
What if perubahan itu hanya sementara?
Betul lah, jika kita berjalan menuju Allah SWT, dia akan berlari terhadap kita..
Tetapi perjalanan itu bukanlah sesuatu yang manis..
Pasti akan terselit segala duri-duri dan ujian yang akan menguji tahap kekuatan keimanan aku..
Sesungguhnya aku sedar aku tidaklah begitu kuat.. Keimananku berada di tahap yang biasa, yang terkadang senang lupa dan alpa terhadap kewajipan yang diperintahNya..
Siapa yang tidak mahu diberikan kebahagiaan, ketenangan yang diberi olehNya..
Aku juga sedar, pintu taubat itu sentiasa terbuka buat sesiapa yang ingin melakukannya..
Begitu banyak dosa yang telah ku lakukan.. Adakah aku akan mampu menghadapi balasanku kelak?
Terdetik seketika di fikiranku, jika esok ajal menjemputku, adakah aku sudah bersedia?
Jawapannya tidak perlu ku fikir, langsung aku tidak bersedia. Iman, aqidah, akhlak, ilmu..ya Allah. semuanya masih jahil..
"Setiap manusia yang melakukan kesilapan hendaklah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT..."
"Setiap manusia itu akan dibalas mengikut amalannya masing-masing. Tiada orang lain yang akan menanggung dosanya atau orang lain akan mendapat pahala dari yang lain..."
"Dunia tempat kita bertebaran mencari keredhaan Dia.. Kita diuji, kita diduga, tetapi kita harus tempuhi segalanya tanpa melupakan Dia. Di hujung noktah, akhirnya kepada Allah SWT jua kita akan kembali..."
Dunia ini hanya sementara, tetapi kenapa kita begitu asyik dan alpa mencari dan berusaha untuk menggapai sesuatu yang sementara.
Berusaha untuk mencapai kejayaan semasa dunia penting, tetapi apa gunanya jika yang kekal itu kita abaikan?
"Tidak mungkin kita dapat berpatah balik ke belakang untuk membetulkan kesilapan, tetapi kita boleh meneruskan langkah dengan mencari keredhaan Dia..."
Sukarkah untuk hidup dengan keredhaan-Nya?
Aku rasa dengan segala yang telah Dia berikan, tidaklah begitu sukar, tetapi tetap kita degil?
Allah SWT tidak pernah melupakan kita, tidak pernah menghampakan kita...
Peluang demi peluang diberi kepada kita.. Tetapi...
Terlalu banyak perkara yang berlegar-legar di mindaku...
Aku tahu, aku sekarang ini merupakan aku yang sangat lost.
Tidak bergerak ke mana-mana.
Ku rasakan aku sudah mula mengorak langkah..
Tetapi rupanya aku hanya bergerak setempat..
"Everytime you commit one more mistake, you feel you can't repent and that it's way too late,
you're so confused, wrong decisions you have made, haunt your mind and your heart is full of shame. Don't despair and never loose hope, cause Allah is always by your side.."
Wonderful lyrics, InsyaAllah by Maher Zain.
No comments:
Post a Comment